Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SAHABAT RAMADAN 2026

#KamisahabatKafeteen menggerakkan 4 program SAHABAT Ramadan 2026: Sahabat Sekawah (Kuala Kangsar & Putrajaya), Qiamullail Sahabat dan Sahabat Kasih Ramadan dengan sasaran tajaan RM11,000.
SAHABAT RAMADAN 2026
Komuniti

RM 100.00

daripada sasaran RM 11,000.00
0.90909090909091% Complete

1

penyumbang

88

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia sekali lagi akan menggerakkan kempen SAHABAT Ramadan 2026 sempena menyambut bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan ini. Program tahunan yang kini memasuki tahun ke-6 penganjuran ini bertujuan menyemai budaya memberi, mengeratkan ukhuwah serta menyantuni komuniti melalui gabungan aktiviti kebajikan dan ibadah.

Sepanjang pelaksanaan terdahulu, SAHABAT Ramadan telah berjaya memberi manfaat kepada ratusan penerima melalui aktiviti penyediaan makanan, pengagihan sumbangan serta program rohani bersama komuniti setempat.

Untuk tahun 2026, SAHABAT Ramadan akan melaksanakan 4 program utama dengan sasaran tajaan keseluruhan sebanyak RM11,000.00, iaitu:

1. SAHABAT Sekawah @ Kuala Kangsar
Program penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada komuniti setempat, pelajar, frontliner dan orang awam sekitar Kuala Kangsar.

2. SAHABAT Sekawah @ Putrajaya
Program memasak dan edaran bubur lambuk kepada komuniti setempat, pelajar, frontliner dan orang awam sekitar Putrajaya.

3. Qiamullail SAHABAT
Program ibadah malam yang merangkumi qiamullail, tazkirah, usrah ringkas dan aktiviti rohani bagi memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta mengeratkan ukhuwah sesama peserta.

4. SAHABAT Kasih Ramadan
Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim terpilih bagi menceriakan mereka sempena Ramadan.

Sehubungan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan sumbangan dan sokongan daripada Tuan/Puan bagi menjayakan kempen SAHABAT Ramadan 2026 ini. Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Kami juga mengharapkan jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan kempen ini kepada rakan-rakan dan kenalan agar lebih ramai dapat bersama-sama berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.

#SahabatRamadan2026 #kamisahabatkafeteenmalaysia #RamadanBerkongsi #pedulisebarpositif


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan pertama

06 Feb 2026

Kempen dilancarkan

06 Feb 2026