Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SANTUNI RUMAH SEJAHTERA BAITUL HANAN

KELAB PENYAYANG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), ingin menyantuni dan memberi sedikit pemberian sumbangan kepada Rumah Sejahtera Baitul Hanan, Perlis.
SANTUNI RUMAH SEJAHTERA BAITUL HANAN
Komuniti

RM 214.00

daripada sasaran RM 1,000.00
21.4% Complete

11

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program Santuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Penyayang Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan rasa simpati, keprihatinan dan saling menyayangi di dalam diri setiap ahli kelab sekaligus memberi sokongan moral kepada penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan ini. Bukan itu sahaja, melalui program ini juga dapat memupuk kemahiran dan pelbagai pengetahuan baru dalam diri setiap ahli yang terlibat.

Program ini akan dijalankan pada 19 Mei 2023 (Jumaat) dengan melibatkan seramai 25 orang ahli kelab penyayang. Program ini juga akan melaksanakan sesi memberi sumbangan kepada semua penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan serta melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.

Akhir sekali, manfaat yang akan diperoleh daripada program Santuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan ini adalah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kelab dengan warga emas Rumah Baitul Hanan ini. Tambahan lagi, melalui program ini juga dapat memupuk sikap kesukarelawanan dalam diri mahasiswa serta dapat meningkatkan semangat untuk terus menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan pada masa akan datang. Program ini juga sekaligus membentuk sikap ahli dalam meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan baik bukan sahaja sesama ahli, malah dapat berinteraksi dan berkongsi cerita bersama penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hanan ini. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

18 May 2023

Sumbangan ke-10

16 May 2023

10% jumlah sumbangan

13 May 2023

Sumbangan pertama

13 May 2023

Kempen dilancarkan

12 May 2023