RM 10.00
daripada sasaran RM 1,000.001
penyumbang28
hari lagiHEART 1.0 – Hope and Encouragement through Art, Reflection and Togetherness hadir untuk membawa sedikit keceriaan, kasih sayang dan harapan kepada 30 orang anak-anak berumur 2–17 tahun dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang, Selangor.
Melalui aktiviti seni, permainan berkumpulan dan sesi refleksi pada 10 dan 24 Oktober 2026, kami ingin memberikan mereka ruang untuk tersenyum, berkongsi perasaan, membina keyakinan dan mencipta kenangan yang bermakna.
Setiap sumbangan anda akan membantu menyediakan keperluan aktiviti serta kebajikan anak-anak sepanjang program ini.
Mungkin bagi kita ia sekadar sedikit, tetapi bagi mereka, ia mungkin menjadi satu momen yang akan dikenang. ❤️
Jom bersama kami mencipta sedikit bahagia untuk mereka. Setiap sumbangan amat bermakna.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
26 Sep 2026
Kempen dilancarkan
26 Sep 2026

