RM 10.00
daripada sasaran RM 6,000.001
penyumbang57
hari lagiSEED SATAK 2025 adalah inisiatif daripada Kelab Titian Asli (TAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah Pusat Sejahtera Kelestarian dan Kemanusiaan (SC4SH). Program ini memfokuskan kepada pelajar Orang Asli di SK Satak, Raub, Pahang dengan tujuan mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa TAC dan pelajar melalui aktiviti sains yang interaktif dan menyeronokkan.
Kami berusaha untuk menyemai semangat ingin tahu serta keseronokan dalam pembelajaran bagi memberi motivasi kepada pelajar untuk menghargai pendidikan dan berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Selain itu, program ini bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar dalam memahami kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.
Program ini dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025 (Jumaat - Ahad) bertempat di SK Satak, Raub, Pahang.
Untuk merealisasikan program ini, kami memerlukan dana sebanyak RM6,000.00 bagi menampung kos keseluruhan pelaksanaan. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk makanan, peralatan pembelajaran, kelengkapan program, atau sebarang bentuk bantuan lain yang dapat menyokong perjalanan program ini. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, kami yakin SEED SATAK 2025 dapat memberi impak positif yang berterusan kepada masyarakat Orang Asli di sana.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
03 Mar 2025
Kempen dilancarkan
02 Mar 2025