Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SEDEKAH AIDILADHA

Kutipan sumbangan ini adalah untuk mengadakan sambutan Aidiladha di kawasan kampung yang mempunyai golongan fakir & miskin yang ramai.
SEDEKAH AIDILADHA
Umum

RM 150.00

daripada sasaran RM 15,000.00
1% Complete

2

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Menyantuni fakir & miskin di hari raya Aidiladha.


NGO Krayon for Society bersama mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia melalui tim The Potaethos akan menjalankan projek “Apa Habaq Orang Kampung?” sempena Aidiladha ini.


Projek ini adalah bertujuan mendekati masyarakat kampung dan membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui sumbangan infaq daging.


Program ini juga akan menjadi medium untuk pihak NGO dan mahasiswa/i UUM menyebarluaskan lagi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental.


Kami ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan agar lebih ramai golongan asnaf di Kuala Perlis dapat menerima sumbangan dan bergembira di hari raya Aidiladha nanti.


 

9k=

PELUANG BERKORBAN MELAKUKAN KEBAIKAN.

Allah itu Maha Pengasih dan sentiasa memberi ruang kepada hambaNya untuk mencari pahala.
Rebut peluang memperbanyakkan amalan 10 siang Zulhijjah

Tahukah kita..
Amalan soleh pada waktu siang hari semasa 10 hari awal Zulhijjah lebih baik daripada semua hari termasuk sepuluh hari akhir Ramadan. Sementara amalan soleh pada malam hari sepuluh akhir Ramadan lebih afdal dibandingkan semua malam termasuk sepuluh malam akhir Zulhijjah.  (sila lihat: ‘Ali al-Qari, Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, 3/1082. Beirut: Dar al-Fikr) 

Bersedekahlah kerana ingin melakukan sedekah juga adalah 1 bentuk pengorbanan demi kebaikan buat diri sendiri dan orang lain.

Infaqkan sedikit wang saku anda untuk mengembirakan golongan fakir miskin di Aidiladha nanti.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

14 Jul 2023

Sumbangan pertama

14 Jun 2023

Kempen dilancarkan

14 Jun 2023