Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SEDEKAH KASIH ADHA4KANSUI

Kutipan sumbangan ini bertujuan untuk mengadakan sambutan Aidiladha bersama saudara muslim masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Lengong, Ulu Lengong Baling , Kedah.
SEDEKAH KASIH ADHA4KANSUI
Komuniti

RM 190.00

daripada sasaran RM 7,000.00
2.7142857142857% Complete

10

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

SEDEKAH KASIH ADHA4KANSUI

Umat Islam seluruh Malaysia bakal menyambut Aidiladha pada 10 Julai 2022 ini. Aidiladha merupakan hari perayaan dan kebesaran buat seluruh umat Islam.

Pada hari raya Aidiladha dan 3 hari Tasyriq berikutnya seluruh umat Islam dilarang sama sekali untuk berpuasa kerana syiar pada hari tersebut menyuruh kita meraikannya untuk menjamu dan memberi makan sesama kita.

Justeru, Krayon for Society Organisation terpanggil untuk menghidupkan syiar ini bersama saudara-saudara muslim kita masyarakat Orang Asli Suku Kansui di Ulu Lengong, Baling Kedah.

2Q==

Untuk maklumat semua, rata-rata mereka telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka. Namun mereka masih lagi agak terpinggir jauh daripada masyarakat luar. Kefahaman mereka kepada ajaran Islam juga masih di tahap yang asas.

Dari segi ekonomi mereka masih menjalankan aktiviti ekonomi sara diri dengan mencari hasil hutan. Dekatnya kehidupan mereka dengan alam memang tidak dapat dinafikan. Mungkin tanpa kewujudan mereka alam semula jadi ini tiada siapa yang akan bantu untuk jaga dan terus terpelihara.

Atas semangat persaudaraan dan tanggungjawab muslim  NGO Krayon for Society ingin memberikan kegembiraan dan menanamkan rasa persaudaraan muslim dalam diri mereka melalui meraikan sambutan Aidiladha pada tahun ini bersama-sama mereka.

2Q==

In shaa Allah kami merancang untuk menjalankan aktiviti korban, Takbir raya , Tazkirah berkenaan Aidiladha dan jamuan hari raya bersama-sama mereka. Hal ini juga merupakan salah satu pendekatan dakwah dalam mendekatkan lagi mereka dengan ajaran Islam.

Aktiviti bergotong -royong dan meraikan hari perayaan Islam akan secara tidak langsung dapat memberikan kefahaman kepada mereka tentang keindahan Islam. Serta merasai sendiri hikmah disebalik pensyariatan ibadah korban.

9k=

NGO Krayon for Society ingin mengajak anda semua untuk menyalurkan sedkit sumbangan bagi membolehkan usaha ini dapat dijalankan. Sesungguhnya menyuntik rasa kegembiraan di dalam hati saudara sesama Islam adalah amat digalakkan dan dijanjikan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah s.a.w " Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai oleh Allah adalah memberi kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesushan orang lain, atau melunaskan hutang orang yang tidak mampu membayarnya atau memberikan makan kepada orang yang sedang kelaparan dan sekiranya dia berjalan untuk membantu orang yang dalam kesusahan lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjidku (Masjid Nabawi) selama sebulan (HR Tabrani)

Hulurkanlah sumbangan anda dengan penuh rasa keikhlasan mudah-mudahan ia jua akan menjadi satu pengorbanan anda dalam meraih cinta dan kasih sayang daripada Allah s.w.t.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau maklum balas boleh hubungi Pengerusi Krayon for Society Organisation di talian (012-697 4993) En Faiq. 

Anda juga boleh mendapatkan perkembangan semasa melalui media sosial rasmi kami iaitu Facebook, Instagram , Twitter, Linked dan TikTok @krayon4society.

Semoga Allah merahmati usaha ini dan mencatatkannya di dalam buku amal kebaikan .

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

28 Jul 2022

Sumbangan ke-10

08 Jul 2022

Sumbangan pertama

30 Jun 2022

Kempen dilancarkan

30 Jun 2022