RM 0.00
daripada sasaran RM 10,000.000
penyumbang27
hari lagiKetibaan Ramadhan memang dinantikan oleh warga emas ini. Selain melakukan amal ibadat banyak NGO dan pihak yang menghulurkan sumbangan kepada warga emas setiap kali ketibaan Ramadhan.
Hasil tinjauan pihak kami BANTU Malaysia ke lapangan ada golongan tua dan warga emas ini tidak dipedulikan oleh ahli keluarga, hidup bersendirian serta serba daif dan ada yang hidup sebagai gelandangan.
Walaupun mereka bukan ahli keluarga kita tetapi atas' rasa tanggungjawab sesama insan marilah bersama kita memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada golongan ini di penghujung usia mereka.
Sebesar mana sekalipun sumbangan anda dalam membantu golongan ini amat kami hargai, semoga segala kebaikan yang anda semua hulurkan akan dibalas kebaikan oleh ALLAH SWT dengan membuka pintu rezeki seluasnya. Insyaallah semoga segala sedekah anda dibulan Ramadhan ini akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar dari ALLAH SWT
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
02 Mar 2025