Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SERIYA SERAYA

Seriya Seraya bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu membeli keperluan hari raya buat lebih 400 keluarga asnaf di seluruh Terengganu.
SERIYA SERAYA
Komuniti

RM 1,631.00

daripada sasaran RM 50,000.00
3.262% Complete

146

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Seriya Seraya adalah kempen kutipan derma yang bertujuan meringankan beban lebih 400 keluarga asnaf di seluruh negeri Terengganu sempena menyambut Aidilfitri. 

Seramai lebih 50 keluarga asnaf dari setiap daerah dari Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun danKemaman akan dipilih sebagai penerima sumbangan orang ramai sebanyak RM100 untuk satu keluarga. 

Kempen ini bertujuan memupuk kesedaran orang ramai untuk bersedekah di bulan Ramadhan, serta menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan disamping menyalurkan wang dengan kaedah yang selamat.

Tarikh tamat kempen adalah 5hb April 2024

Tarikh agihan derma adalah pada 6hb April 2024


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

04 Apr 2024

Sumbangan ke-100

01 Apr 2024

Sumbangan ke-50

21 Mar 2024

Sumbangan ke-10

20 Mar 2024

Sumbangan pertama

17 Mar 2024

Kempen dilancarkan

17 Mar 2024