RM 125.00
daripada sasaran RM 7,000.007
penyumbangProgram ini dianjurkan oleh Rakan Siswa Yadim UIAM yang menggariskan program "Serve Our Ummah 5.0: Hands of Hope" sebagai salah satu program 'flagship' dalam sesi 2023/2024 ini, iaitu bertujuan untuk menyediakan program khidmat masyarakat selepas wabak COVID-19. Inisiatif ini menekankan perkhidmatan komuniti yang mengambil berat tentang keperluan akses kepada bekalan air bersih, keperluan asas, pembangunan dan penglibatan masyarakat.
Dana yang dikumpul daripada kempen ini akan digunakan untuk membiayai;
1. Set Keperluan Asas seperti alatan kebersihan, tuala mandi, barang mandian makanan ringan dan air mineral.
Anggaran RM40 seorang = RM40 x 80 orang gelandangan = RM3,200
2. Jamuan Makan (buffet) bersama staf, pegawai, pelajar IIUM yang terlibat dan gelandangan-gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Anggaran RM3,800 untuk makanan berat seperti nasi dan lauk pauk, makanan ringan seperti kuih muih dan minuman.
Dianggarkan hampir 200 orang yang terlibat bagi program ini.
Akhir sekali, Dana yang terkumpul juga akan membiayai pengangkutan caterer dan kenderaan barangan keperluan asas ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
18 May 2024
Sumbangan pertama
06 May 2024
Kempen dilancarkan
03 May 2024