Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SHUTERA PERIHATIN : SUMBANGAN AWAM

Tabung Sumbangan Awam merupakan inisiatif untuk mendapatkan dana bagi terus berkhidmat dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk pelajar, warga emas dan mangsa bencana.
SHUTERA PERIHATIN : SUMBANGAN AWAM
Komuniti

RM 4,422.00

daripada sasaran RM 10,000.00
44.22% Complete

102

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Persatuan Alumni Pelajar SM Sains Hulu Terengganu (SHUTERA) merupakan badan bukan kerajaan yang berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Tujuan kami ditubuhkan bagi membantu pelajar yang berkeperluan khas di peringkat sekolah menengah. Selain daripada itu, kami juga meneruskan hala tuju baharu yang mana kami akan membantu warga emas dan komuniti yang memerlukan bantuan termasuk barangan keperluan harian, kewangan, makanan dan minuman. Kami juga berhasrat untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana dan kemalangan.

Tabung Sumbangan Awam merupakan salah satu usaha daripada kami untuk mendapatkan dana daripada orang awam yang sudi menyalurkan bantuan. Tabung Sumbangan Awam ini akan dibuka sepanjang masa dan terbuka kepada orang ramai. Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan. Setiap aktiviti yang kami laksanakan dengan menggunakan hasil sumbangan ini, kami muat naik dalam media sosial kami termasuk laman web rasmi SHUTERA di www.shuteraofficial.com. Sasaran kami untuk mendapatkan dana sekurang-kurangnya RM10,000 dalam masa satu tahun. Hal ini penting untuk kami teruskan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan serta mampu terus berbakti kepada masyarakat.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

07 Feb 2023

Sumbangan ke-100

20 Jan 2023

Kempen telah dilanjutkan

08 Jan 2023

Sumbangan ke-50

21 Dec 2022

10% jumlah sumbangan

21 Dec 2022

Sumbangan ke-10

02 Dec 2022

Sumbangan pertama

11 Oct 2022

Kempen dilancarkan

11 Oct 2022