Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SHUTERA PRIHATIN : INFAQ RAMADAN BERSAMA SHUTERA

Kami, Persatuan Alumni Pelajar SM Sains Hulu Terengganu (SHUTERA) dengan berbesar hati melancarkan tabung infaq kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan.
SHUTERA PRIHATIN : INFAQ RAMADAN BERSAMA SHUTERA
Umum

RM 50.00

daripada sasaran RM 10,000.00
0.5% Complete

8

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Pihak kami dengan berbesar hati melancarkan tabung infaq bulan Ramadan yang dibuka kepada orang ramai. Hasil sumbangan ini kami salurkan kepada mereka yang memerlukan. Segala aktiviti yang kami lakukan telah kami muat naik dalam media sosial rasmi SHUTERA termasuk laman web rasmi SHUTERA di www.shuteraofficial.com. Semoga usaha kami ini diterima dan dipermudahkan bagi meringankan beban sesetengah pihak yang memerlukan. Ayuh sama-sama berinfaq dan semoga amalan kita diterima Allah SWT. Dalam sebuah hadis riwayat Anas RA yang bermaksud:

"Ditanyakan Nabi puasa apakah yang terbaik selepas Ramadan?. Jawab Nabi : Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi : Sedekah di bulan Ramadan."

Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyumbang. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

11 May 2023

Sumbangan pertama

11 Apr 2023

Kempen dilancarkan

11 Apr 2023