RM 0.00
daripada sasaran RM 210,304.000
penyumbangPersatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) merupakan persatuan mahasiswa yang bertanggungjawab untuk memastikan keperluan ahli PERMATA yang terdiri daripada 263 orangĀ dapat dipenuhi dengan baik .Pengurusan hal ehwal mahasiswa ,rangkaan program-program berunsurkan ilmiah, pembudayaan ilmu, kerohanian dan kepimpinan merupakan tugas PERMATA yang perlu dilaksanakan sebagai salah satu cara bagi membentuk ahli PERMATA yang cakna dan aktif dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu.
Namun begitu, kewangan yang diperoleh PERMATA adalah terhad dan hanya mampu dibelanjakan ke arah pergerakan bulanan persatuan seperti pengurusan aktiviti, pengurusan PERMATA, mesyuarat dan kecemasan.Tambahan pula, nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang tidak stabil secara tidak langsung menjejaskan bajet kewangan PERMATA khususnya dan mahasiswa amnya.
Program-program yang dirangka hanya dapat dijalankan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Hakikatnya terdapat pelbagai lagi program ilmiah dan kelas akademik yang sepatutnya boleh dijalankan jika persatuan mempunyai kewangan dan aset yang mencukupi dan kondusif .
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
06 Oct 2023
Kempen dilancarkan
08 Jul 2023