Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SUMBANGAN DANA BAGI PENEMPATAN ANAK YATIM/ASNAF

MEMERLUKAN SUMBANGAN DANA RM300,000.00 bagi pembiayaan penempatan anak-anak yatim/asnaf di Rumah Jalinan Kasih. Penempatan ini dijadikan penempatan yang tetap buat 38 orang anak-anak.
SUMBANGAN DANA BAGI PENEMPATAN ANAK YATIM/ASNAF
Kemanusiaan

RM 0.00

daripada sasaran RM 200,000.00
0% Complete

0

penyumbang

58

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Bayaran tersebut perlu dilunaskan sebelum 1 Mac 2026.

AwexdZk2vE3dAAAAAElFTkSuQmCC

     Tujuan pembelian bangunan adalah untuk memberi penempatan yang tetap bagi anak-anak Rumah Jalinan Kasih yang mana selama ini kami menyewa di kediaman yang berbeza tempat dan ianya menyukarkan perjalanan untuk kesekolah. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, kami  telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun di Cheras, Selangor. Kami membantu dan memberi pertolongan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik dari segi akademik, kerohanian dan sahsiah diri. 

     Sebelum kami berpindah ke bangunan ini, kami dahulu menyewa di satu kawasan rumah teres selama lebih kurang 8 tahun. Disitu kami menerima pelbagai aduan dari orang sekeliling dan kami berhasrat untuk memiliki sebuah rumah/bangunan yang dapat dijadikan penempatan yang tetap buat anak-anak disini. Setelah pelbagai rintangan naik dan turun ditempuhi, Alhamdulillah, kini kami mendapat kelulusan pinjaman bank bagi sebuah bngunan 3 tingkat yang bertempat di No 11, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residence, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor. Harga yang ditawarkan adalah RM 1,300,000.00 , manakala pinjaman bank yang diluluskan hanya RM 550,000.00RM 550,000.00 telah dijelaskan selama dalam tempoh masa setahun. Kini berbaki RM200,000.00 sahaja untuk dilunaskan baki pinjaman. Disini kami juga menerima kunjungan bagi Tuan/Puan untuk hadir ke Rumah Jalinan Kasih untuk mendapatkan kepastian atau boleh hubungi Admin Rumah Jalinan Kasih.

Admin Rumah Jalinan Kasih :- 011-1069 4990 ( En Daniel )

Setiausaha Rumah Jalinan Kasih :- 017-290 6654 ( Pn Amirah )


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

08 Feb 2026