Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SUMBANGAN DANA WAQAF PEMBINAAN SURAU BAHARU

Kami memerlukan RM 400,000 untuk Dana Waqaf Pembinaan Surau Baharu SMK Bukit Rokan Gemencheh, Negeri Sembilan.
SUMBANGAN DANA WAQAF PEMBINAAN SURAU BAHARU
Pendidikan

RM 0.00

daripada sasaran RM 400,000.00
0% Complete

0

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan ke syukuran atas nikmat kurniaanNya kepada kita semua. Semoga semuanya beroleh rahmat, keberkatan dan hidayah dari Allah SWT.

 

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tujuan utama pembinaan surau baharu adalah untuk membina bangunan yang lebih besar dan selamat dengan tambahan kapasiti dari 250 ke 500 jemaah.

 

Surau Al-Hidayah telah diibina pada tahun 1995 (Surau Nurul Hidayah) dan dinamakan semula tahun 2022 sebagai Surau Al-Hidayah yang mana surau ini adalah pusat kegiatan dakwah dan tempat ibadat bagi semua warga SMK Bukit Rokan.

 

Surau ini bersaiz 20 kaki lebar x 30 kaki Panjang mempunyai tiga buah pintu untuk pergerakan keluar masuk serta mempunyai 2 rak yang ringkas untuk menyimpan sejadah dan kain sembahyang. Peralatan lain yang terdapat di dalam surau ini ialah rehal bertujuan untuk kegunaan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dan juga mengaji di sini.

 

Antara cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh surau di bangunan sekarang ialah kapasiti ruangan beribadat sempit untuk memuatkan semua jemaah lelaki dan perempuan solat bersama-sama. Tempat solat wanita tidak berada dalam keadaan yang selamat dan tertutup seperti ruangan solat wanita terbuka dan hanya bertiraikan langsir.

 

Aktiviti-aktiviti terpaksa dihadkan kerana ruangan terbatas seperti aktiviti ko-kurikulum dan sekolah. Kerap berlaku banjir kilat dan limpahan air apabila hujan menyebabkan air masuk ke dalam surau. Ruang solat yang sempit menjadikan keadaan panas dan tidak selesa. Murid terdedah kepada binatang berbisa disebabkan surau berdekatan dengan longkang besar.

 

Dengan mengambil kira pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi, pihak pengurusan telah bersepakat untuk membina surau baharu. Anggaran kos yang diperlukan untuk membina surau adalah sebanyak: RM 400,000.000

 

Oleh yang demikian, pihak pengurusan surau telah memohon kebenaran membina surau baharu yang telah diluluskan oleh pihak Pejabat Mufti Negeri Sembilan dan mendapat kebenaran daripada JHEAINS untuk mengumpul dana melalui kutipan derma awam dan sumbangan individu, syarikat, pertubuhan, yayasan dan sebagainya.

 

 

Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati mengalu-alukan derma, sumbangan wang tunai, dan lain-lain bentuk sumbangan bagi menjayakan pembinaan surau ini. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua terutama para penyumbang yang budiman. Semoga beroleh ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

 

Sekian, terima kasih.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

27 Jul 2024