Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SUMBANGAN DUA BERANAK TERKENA STROK

Seorang anak/ibu terpaksa memberi perhatian sepenuh masa bagi menjaga dan mengurus ibu/anaknya yang terkena serangan angin ahmar kerana mereka berdua tidak dapat menguruskan diri sendiri.
SUMBANGAN DUA BERANAK TERKENA STROK
Kemanusiaan

RM 205.00

daripada sasaran RM 5,000.00
4.1% Complete

10

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Seorang wanita cekal dari Kg. Cheting, Tersat Hulu Terengganu iaitu Puan Zainab binti Ali mengambil keputusan untuk berhenti kerja 5 tahun lepas apabila anaknya, Shuhaire berusia 34 tahun tiba-tiba terkena strok. Malang menimpa lagi, apabila tahun lepas ibunya yang bernama Alus binti Hassan usia 80-an pula yang terkena sakit yang sama. Puan Zainab yang mempunyai anak seramai 6 orang terpaksa membahagi-bahagikan masa untuk mengurus kedua-dua mereka yang terlantar dan dalam masa yang sama juga perlu memberi perhatian kepada anak-anaknya yang lain termasuk suaminya. Sememangnya kedua-dua mereka mendapat bantuan bulanan dari JKM, namun bermula pertengahan tahun lepas bantuan susu yang sepatutnya mereka berdua terima sebanyak 11 tin/bulan telah dikurangkan kepada 5 tin/bulan. Kadar penggunaan susu adalah sebanyank 1 tin/hari,di kongsi sama oleh mereka berdua. Harga semasa susu yang mereka gunakan adalah RM99.00/tin. Mereka berdua juga perlu kepada penggunaan pampers dewasa dan ini sememangnya memberi satu cabaran yang besar kepada keluarga ini dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

05 Mar 2024

Sumbangan ke-10

14 Feb 2024

Sumbangan pertama

04 Feb 2024

Kempen dilancarkan

04 Feb 2024