Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SUMBANGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN PASCA COVID-19

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai pelajar terutama Golongan bawah B40 terbantut pelajaran disebabkan oleh kekurangan dan sokongan untuk proses pembelajaran melalui online. Ayuh bantu mereka.
SUMBANGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN PASCA COVID-19
Pendidikan

RM 36.50

daripada sasaran RM 50,000.00
0.073% Complete

34

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan penyakit akibat sejenis virus. Bahaya COVID-19 ini memerlukan tindakan pantas kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak jangkitan.

Dunia pendidikan tidak terkecuali dalam suasana luar biasa ini. Kalau kebiasaannya anak-anak ke sekolah dan institusi pendidikan lebih tinggi untuk menuntut ilmu, hari ini mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah demi memastikan nyawa mereka dan keluarga tidak terancam. Sekiranya jarak sosial seperti yang dikatakan oleh WHO perlu berlaku dalam jangka masa lebih panjang, adakah ini bermakna sesi pembelajaran formal tidak boleh berlaku?

Secara teorinya tentulah tidak kerana dalam era Revolusi Industri 4.0 ini, kita sudah beranjak daripada penggunaan tenaga wap dalam Revolusi Industri 1.0 ke penggunaan tenaga elektrik, pengenalan internet dan kini dalam era kecerdasan buatan. Maklumat yang terdapat di hujung jari perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan bahawa sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah, sekolah perlu hadir kepada mereka dalam mod yang pelbagai, tertumpu dan terbeza.

Kaedah Pendidikan Berbeza

Persoalannya kini adalah mengenai pelaksanaan pendidikan negara semasa pandemik COVID-19 ini dan pasca COVID-19. Berhadapan dengan penyakit yang masih belum ada ubatnya, masyarakat pastinya perlu bersedia dengan amalan pendidikan yang berbeza daripada cara yang telah dilalui sebelum ini.

Satu perkara yang pasti adalah dalam amalan jarak fizikal, interaksi sesama manusia perlu dieratkan lagi melalui alat telekomunikasi. Secara idealnya, pembelajaran maya perlu diteruskan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada pembelajaran dalam talian secara bersemuka (synchronous learning) ataupun secara tidak bersemuka (asynchronous learning). Learning tools yang digunakan boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran; bagi mereka yang mempunyai akses internet boleh mengikuti kelas menggunakan Microsoft Teams, Facebook live atau Google Classroom. Interaksi juga boleh dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi chat, yang membolehkan murid dan guru berbincang mengenai pembelajaran pada bila-bila masa. Amalan ini telah dibuktikan oleh institusi yang mengamalkan pembelajaran dalam talian sepenuhnya.

Atasi Kekangan

Isu timbul apabila dapatan kaji selidik yang dijalankan oleh KPM semasa PKP menunjukkan terdapat kekangan dari segi akses kepada internet dan penggunaan peranti untuk pembelajaran.

Di peringkat sekolah, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus. Di peringkat pendidikan tinggi, Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang tidak menggunakan pembelajaran atas talian secara sepenuhnya dalam pelaksanaan PKP tidak dibenarkan untuk meneruskan aktiviti pembelajaran secara atas talian. Kementerian Pengajian Tinggi bertegas mengambil kira kepentingan pelajar supaya mereka tidak ketinggalan sekiranya mereka tidak mendapatkan akses kepada internet. Hakikatnya, sistem pendidikan negara kita masih lagi belum berupaya untuk menyokong sepenuhnya pembelajaran secara maya serta mod pembelajaran yang pelbagai.

Satu perkara yang pasti adalah dalam amalan jarak fizikal, interaksi sesama manusia perlu dieratkan lagi melalui alat telekomunikasi. Secara idealnya, pembelajaran maya perlu diteruskan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada pembelajaran dalam talian secara bersemuka (synchronous learning) ataupun secara tidak bersemuka (asynchronous learning). Learning tools yang digunakan boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran; bagi mereka yang mempunyai akses internet boleh mengikuti kelas menggunakan Microsoft Teams, Facebook live atau Google Classroom. Interaksi juga boleh dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi chat, yang membolehkan murid dan guru berbincang mengenai pembelajaran pada bila-bila masa. Amalan ini telah dibuktikan oleh institusi yang mengamalkan pembelajaran dalam talian sepenuhnya.

Sumbangan Keperluan Pendidikan Pasca Covid-19

Sumbangan ini untuk membantu golongan pelajar keluarga di bawah B40 membeli peralatan pelajaran secara online atau maya seperti smartphone, bayaran untuk internet dan peralatan yang sesuai untuk proses pembelajaran secara online. Sasaran awal RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia) untuk di agihkan seramai 100 pelajar / perkeluarga di seluruh Malaysia.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

23 Dec 2020

Sumbangan ke-10

21 Nov 2020

Sumbangan pertama

17 Nov 2020

Kempen dilancarkan

17 Nov 2020