Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK SUKAN ANAK YATIM SUKYA

Persiapan untuk latihan, pakaian seragam dan kos perjalanan untuk ke Sukan Anak Yatim SUKYA ini dianggarkan memakan belanja sekitar RM100k. (10 buah rumah anak yatim terlibat)
SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK SUKAN ANAK YATIM SUKYA
Umum

RM 312.00

daripada sasaran RM 100,000.00
0.312% Complete

8

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Sukan Anak Yatim atau singkatannya SUKYA merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) di bawah kelolaan Biro Sukan. Semua pertubuhan/asrama gabungan seluruh Malaysia termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejumlah 68 pertubuhan/asrama gabungan yang memuatkan seramai 3,483 orang anak yatim dan asnaf akan terlibat dalam kejohanan ini.  Kejohanan Sukan SUKYA ini berfokus untuk mendedahkan anak-anak yatim dan asnaf di bawah gabungan PEYATIM dengan acara-acara sukan yang di pertandingkan serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga dan acara lain bagi mengetengahkan bakat mereka ketahap yang lebih tinggi.

PEYATIM Selangor yang terdiri daripada 10 buah asrama gabungan akan mewakili Selangor dalam Sukan Anak Yatim Malaysia SUKYA ke-12 yang bakal berlangsung pada 26 Ogos hingga 2 September 2023. SUKYA ke-12 ini julung kalinya akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Dianggarkan seramai 350 orang anak yatim daripada kontijen Selangor akan turut serta memeriahkan SUKYA kali ini. Persiapan untuk latihan, pakaian seragam dan kos perjalanan untuk ke Sukan Anak Yatim SUKYA ini dianggarkan memakan belanja sekitar RM100k. Besarlah harapan kami sekiranya ada pihak yang sudi untuk memberi sumbangan / infaq untuk persiapan Sukan Anak Yatim SUKYA kami.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

23 Jul 2023

Kempen telah dilanjutkan

23 Jun 2023

Sumbangan pertama

31 Mar 2023

Kempen dilancarkan

27 Mar 2023