RM 830.00
daripada sasaran RM 18,000.0023
penyumbang23
hari lagiPERMOHONAN TAJAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H / 2025M
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah dengan kerjasama Komuniti Penduduk Pine Signature akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025M ‘Tiong Berselawat 1.0’ yang dijadualkan seperti berikut:
Tarikh : 25 Oktober 2025
Hari : Sabtu Malam Ahad
Masa : 8.45 malam (Selepas Isyak)
Tempat : Padang Komuniti Tiong, Jalan Tiong 9, Taman Scientex, 81700, Pasir Gudang, Johor
Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memberikan sumbangan atau tajaan dalam bentuk kewangan bagi menjayakan majlis tersebut yang memerlukan kos sebanyak Rm 18 000.00.
Sesungguhnya, sumbangan Tuan/Puan akan memberi impak besar dalam memastikan kelancaran program dan sekaligus memupuk semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat. Nama dan logo syarikat Tuan/Puan juga akan dimasukkan dalam senarai penaja sebagai tanda penghargaan.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan ke-10
13 Sep 2025
Sumbangan pertama
12 Sep 2025
Kempen dilancarkan
11 Sep 2025