RM 0.00
daripada sasaran RM 45,000.000
penyumbang58
hari lagiKempen sumbangan pembangunan Sekolah Agama Paya Jakas diwujudkan adalah untuk:
1) Membina sebuah balai menunggu murid di dalam kawasan sekolah
- Hal ini supaya keselamatan murid terpelihara dan tiada murid berkeliaran diluar sekolah semasa tamat sesi persekolahan. Murid-murid boleh meletak beg dan duduk di situ sementara menunggu ibu bapa datang jemput.
2) Membaiki pagar sekolah yang semakin uzur
- Engsel Pagar sekolah sudah senget dan bermasalah menyebabkan pagar sukar ditutup dengan elok. Perlukan kerja profesional untuk membaiki pagar sekolah.
3) Pemasangan 5 Kamera litar tertutup ( CCTV )
- Sekolah pernah dimasuki pencuri pada waktu malam bertarikh 7 Julai 2026, namun iada kehilangan barang. Selain itu, CCTV ini juga boleh memantau murid-murid dan membantu siasatan guru jika berlaku salah tingkah laku. Sekolah Agama Paya Jakas juga tiada jaga. Jadi isu keselamatan murid sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru-guru.
4) Penggunaan Papan Putih sepenuhnya
- Sekolah memerlukan 4 papan putih baru menggantikan papan hitam tradisional. Penggunaan kapur dan habuk kapur boleh menjadi isu kesihatan murid-murid.
5) Penambahan meja dan kerusi baharu
- Ekoran penambahan bilangan murid setiap tahun, maka penambahan meja dan kerusi sangatlah diperlukan bagi keselesaan pembelajaran murid-murid.
6) Naik taraf kantin sekolah agama
- Kantin Sekolah Agama Paya Jakas memerlukan dana bagi menaik taraf fasiliti seperti penyediaan tempat memasak, dwi singki, peti ais dan meja bagi memudahkan pengusahaan kantin dan memudahkan penyediaan makanan berkhasiat kepada murid-murid.
7) Naik taraf pejabat sekolah
- Memerlukan dana bagi menambah meja guru, menambah alatan mengajar, alatan dan barang-barang yang diperlukan guru bagi urusan pendidikan dan pengajaran.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
31 Jul 2026

