RM 0.00
daripada sasaran RM 100,000.000
penyumbang88
hari lagiSUMBANGAN PEMBINAAN SURAU @ MUSOLLA UWAIS AL QORNI
QMS HEALTHCARE SDN BHD dengan kerjasama Facy Muslim Management, Training and Consultancy sedang giat mengumpul sumbangan untuk pembinaan sebuah surau iaitu Musolla Uwais AL Qorni yang terletak KM10,Jalan Kluang, 81900, Kota Tinggi, Johor.
Terkini telah pun siap didirikan tapak asas, tiang dan bumbung. Projek diteruskan lagi bagi membina fasiliti dan melengkapkan infrastruktur bangunan dan menelan kos melebihi RM 100 000.00 (Seratus Ribu Ringgit Malaysia).
Sumbangan diperlukan terutamanya bagi;
- Pemasangan Pagar Utama dan Pagar dalam
- Pembinaan Tandas dan Tempat Wudhu
- Pemasangan Tile dan Siling
- Pendawaian Elektrik dan Pemasangan Kipas serta Lampu
- Penurapan Jalan Bertar untuk Parkir Kenderaan
- Pembinaan Sistem Peparitan dan Pembentungan
Batu bata yang dibeli hari ini akan berdiri menjadi saksi setiap kali azan berkumandang. Walau nama mungkin tidak terpahat di dinding surau ini, tetapi insyaAllah pahala tetap terpahat di sisi Allah, selamanya. Marilah sama-sama membantu pembinaan surau ini sehingga siap agar setiap sujud, setiap doa, dan setiap ayat Al-Quran yang dibaca di sini menjadi saham akhirat kita bersama.
Moga Allah permudahkan segala urusan pembinaan surau ini pada tahun ini. Segala pertanyaan bolehlah menghubungi;
Ustaz Amirul : 016-934 6547 / 016-934 6557
Dr Badrul : 012-857 1060
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
16 Jan 2026

