RM 50.00
daripada sasaran RM 100,000.001
penyumbangBANTU MEREKA UNTUK BERUBAH
Bermula kembali dengan kami dengan berusaha itu dari diri mereka sendiri untuk mengubah masa depan mereka serta berbakti kepada keluarga, masyarakat dan agama. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya, Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara lebih dikenali dengan nama PEMAAF dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia 'Mencari Sinar' telah berjaya direalisasikan untuk bersama membantu kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat dalam menempatkan serta memulihkan saudara-saudara kita yang tersalah langkah untuk kembali bersama kita.
Organisasi utama PEMAAF sentiasa memandang serius gejala virus yang merosakkan pemikiran serta saraf otak yang kini melanda negara daripada dulu lagi iaitu penagihan dadah oleh anak muda yang meningkat remaja sekarang ini sehingga meningkat usia. Justeru itu tindakan menangkap, mendakwa seterusnya mengurung mereka di dalam penjara tidak dapat memulihkan individu tersebut sepenuhnya tanpa mendekati mereka dan menempatkan serta pemantauan yang baik tidak akan memulihkan sepenuhnya. Oleh itu PEMAAF sejak dari dulu lagi yang akan ketengahkan untuk menyedarkan bekas-bekas pesalah dan juga masyarakat setempat serta ahli keluarga betapa penyakit ini lagi bahaya yang akan menjerat anak-anak muda berbagai bangsa di masa sekarang hingga akan sampai ke lanjut usia yang kemudiannya merugikan negara kita sendiri.
Apa yang perlu anda buat adalah memberi sokongan untuk membantu mendekati mereka serta membanteras gejala yang merosakkan pemikiran golongan pesalah ini. Semoga dengan wujudnya PEMAAF ini, pihak pengurusan dan AJK yang terdiri daripada sebahagian bekas-bekas pesalah yang ingin merubah rakan pesalah yang lain juga dapat mencapai agenda serta hala tuju PEMAAF ini. Selain itu juga dapat menjadi pedoman kepada para pesalah supaya lebih menitikberatkan akal fikiran sebelum mencuba sesuatu bahan yang boleh merosakkan diri sendiri serta keluarga yang akan menerima kesannya.
Penyerahan pesalah banduan secara lesen iaitu pesalah yang belum bebas untuk bersama komuniti dalam membantu masyarakat untuk urusan jenazah Covid-19 pada musim PKP yang lalu.
Bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela untuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial. Mengadakan pusat rawatan islam yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan gangguan makhluk halus.Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian. Memberikan perlindungan kepada pesakit- pesakit HIV lelaki islam di bawah pusat perlindungan HIV.
“Bekas Banduan” PPS
‘Bekas banduan’ bermaksud seseorang pesalah yang telah bebas dan telah menjalani hukuman penjara selama mana kesalahan yang telah di lakukan dan telah di dakwa di mahkamah sejak mula di tangkap dan telah mendaftarkan diri di dalam program penempatan semula yang di anjurkan oleh pihak penjara sendiri iaitu (PPS). Program itu adalah secara sukarela dan didaftarkan nama setiap banduan sebelum dibebaskan dulu sehingga ke satu tarikh penghuni penjara itu akan dibebaskan, pihak penjara berperanan mencari majikan yang berminat untuk mencari pekerja dari kalangan bekas banduan yang telah bebas. Sebelum majikan mengambil bekas banduan tersebut majikan hendaklah mendaftar syarikat dengan penjara dahulu dengan mengemukakan dokumen profail syarikat untuk pihak penjara meluluskan permohonan serta menghubungi majikan yang berdaftar untuk di ambil bekerja.
“Banduan” PBSL
‘Banduan’ bermaksud seseorang yang masih lagi belum dibebaskan dan sedang menjalani hukuman penjara yang telah diputuskan oleh mahkamah sehingga ke satu tarikh untuk dibebaskan. Banduan juga akan dipantau jika berkelakuan baik semasa di dalam penjara, mereka akan dinilai untuk dipilih menjalani program bersyarat iaitu Penempatan Banduan Secara Lesen (PBSL) di mana banduan tersebut akan ditempatkan di mana-mana majikan yang terpilih untuk diambil bekerja sehingga ke satu tarikh pembebasan dalam tempoh itu banduan di kenakan syarat yang mana jika masih melakukan kesalahan sehingga boleh di kenakan tindakan menarik kembali lesen tersebut. Banduan itu akan dilanjutkan tempoh tahanan yang lebih panjang serta akan didenda serta tindakan disiplin akan dikenakan mengikut prosedur penjara sebagaimana yang telah di tandatangani.
Jika tidak mampu mencurahkan masa dan tenaga, sumbangkanlah sedikit daripada pendapatan kita kepada mereka yang terbabit. Moga ia diterima sebagai sedekah jariah, bekalan untuk kita di sana nanti. Persoalan yang sering timbul bila berjumpa bekas penagih, apakah mereka mahu berubah?Hampir semuanya akan berkata ya kerana itulah hasrat sebenar mereka. Jika ditanya lagi, bagaimana mereka mahu berubah? Pasti mereka akan katakan masyarakat dan keluarga sebagai pendokong kepada perubahan hidup. Masyarakat dan keluarga juga sebagai penguat semangat untuk meneruskan hidup. Justeru, besar sungguh impak masyarakat dan keluarga dalam merubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih positif.
Peranan masyarakat amat penting kerana penagih memerlukan sokongan mereka untuk berhenti menagih. Rawatan jangka panjang seiring dengan sesi kaunseling dan sokongan keluarga amat penting bagi membantu golongan penagih ini. Penagihan dadah juga boleh ditakrifkan sebagai pergantungan dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Keperluan dos terhadap dos yang tinggi dan wujud tanda-tanda withdrawal adalah petanda utama seseorang itu merupakan penagih dadah. Akhirnya individu akan terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama. Ini berubah menjadi satu kitaran kehidupan dan akhirnya pergantungan ini dianggap penyakit. Semua ini satu penyakit berterusan, perubahan kandungan kimia dalam otak merupakan punca berlakunya pergantungan terhadap dadah.
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa; iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahankemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah SWT mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.” (Surah Ali-Imran, 133-134)
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
28 Jun 2023
Sumbangan pertama
08 Apr 2023
Kempen dilancarkan
30 Mar 2023