Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

SUPPORT KRAYON4SOCIETY

Kempen ini bertujuan untuk memberi sokongan dana kewangan kepada Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat agar mampu terus aktif dalam mengangkat isu-isu kebajikan dan kemanusiaan.
SUPPORT KRAYON4SOCIETY
Umum

RM 1.00

daripada sasaran RM 500,000.00
0.0002% Complete

1

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

TABUNG KELESTARIAN KRAYON4SOCIETY

 

Para dermawan yang mulia. 

Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat merupakan sebuah NGO yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Pendaftarannya telah diluluskan pada 23 Februari 2022 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia negeri Melaka.

Penubuhannya bertujuan untuk mengangkat isu-isu kebajikan & kemanusiaan melalui pemerkasaan budaya kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat. Malaysia akan diberikan fokus secara khusus di dalam usaha ini.

Di awal penubuhannya badan ini telah bergerak dalam keadaan sifar modal. Projek pertama yang dijalankan adalah Kempen Ready4Ramadan yang bertujuan memberikan manfaat kepada golongan asnaf serta mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 menerima bantuan bakul makanan.

Z

Ramai yang telah menerima manfaat hasil daripada usaha yang digerakkan ini. Aktiviti kesukarelawan ini telah menarik perhatian serta minat ramai golongan belia terutamanya dalam menggerakkan kerja-kerja kesukarelawanan yang dijalankan.

Oleh itu pelbagai  projek serta program telah dijalankan bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan masyarakat untuk  bersama-sama melibatkan diri dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Gerakkan yang aktif ini telah mendorong agar untuk pertubuhan bergerak secara konsisten dan bersistem.

Atas faktor tersebut bagi membolehkan NGO beroperasi secara bersistem dan profesional maka ia memerlukan sejumlah peruntukan bagi membiayai kos-kos operasinya.

2Q==

Lantaran itu, kami telah melancarkan Tabung Kelestarian Krayon4Society bagi tujuan membiayai segala kos perlu untuk beroperasi dengan lebih baik. Melalui dana tersebut ia akan digunakkan tujuan  berikut :-

 

  1. Pengurusan sumberIa merujuk kepada kos pembiayaan tenaga kerja. Untuk memastikan akauntibiliti terus terpilihara sistem kakitangan bergaji perlu diwujudkan untuk mengurus tadbir pengurusan kerja pejabat. Penyusunan perancangan projek dan program juga memerlukan kepada komitmen penuh daripada kakitangan.  Dengan adanya sistem kakitangan bergaji ini ia akan membolehkan pertubuhan dapat dikelola dengan cekap.
  2. Pembangunan sukarelawanMatlamat pemerkasaan budaya kesukarelawanan adalah dengan menjalankan beberapa usaha seperti menyediakan latihan, kursus-kursus berkaitan dan penyediaan modul berkenaan sukarelawan. Semua ini memerlukan sejumlah perbelanjaan. Pertubuhan percaya dengan menjalankan usaha-usaha ini akan dapat menyediakan masyarakat menjadi sukarelawan terlatih dan profesional dan mampu menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat saat mereka diperlukan.
  3. Urus tadbir fasilitiIa merujuk kepada segala keperluan alat dan pemerkasaan serta sewaan bangunan pejabat serta utiliti berkaitan. Kesemua keperluan ini mesti menyediaakan untuk memastikan pelaksanaanya gerak kerja dapat beroperasi dengan berkesan.
  4. Pembangunan penyelidikanSetiap isu sosial masyarakat adalah bersifat pelbagai dan tidak pegun. Yang mana ia perlukan kepada kajian sosial yang perlu dijalankan secara kerap. Ini bagi memastikan cadangan penyelesaian,projek dan program yang diadakan benar-benar menyentuh kepada akar permasalahan dan secara tidak langsung akan membantu menyelesaikan masalah secara berkesan.

 

Sekali lagi kami meletakkan harapan yang tinggi kepada seluruh anggota masyarakat untuk bersama-sama menyokong usaha kami untuk mengangkat isu-isu kebajikan dan kemanusiaan melalui mediuam pertubuhan ini.

Dengan sumbangan ikhlas anda ini akan dapat membantu meringankan masyarakat yang sedang  berdepan dengan cabaran kehidupan. Secara tidak langsung juga nilai-nilai murni dapat diperluaskan dan keadaan ini akan mengekalkan negara dan seluruh masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni.

z78OKbLxkCkAAAAASUVORK5CYII=

9kAAAEKDgAAAEltYWdlX1VUQ19EYXRhMTYzMzE0Njk3MjUzMgAAoQoIAAAATUNDX0RhdGE1MDJTRUZIagAAAAIAAAAAAAEKNgAAACMAAAAAAKEKEwAAABMAAAAkAAAAU0VGVA==

B+1d9PoVKIMZAAAAAElFTkSuQmCC 

Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau maklum balas boleh menghubungi Pengerusi Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat di talian 012-697 4993 @ email [email protected] . Segala kebaikan yang anda hulurkan kami doakan akan mendapat balasan kebaikan daripada Allah s.w.t.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

28 Aug 2022

Sumbangan pertama

04 Aug 2022

Kempen dilancarkan

30 May 2022