RM 0.00
daripada sasaran RM 3,000.000
penyumbang28
hari lagi
Kempen Syawal Food Box Asnaf IIUM merupakan sebuah inisiatif kebajikan anjuran GPMS Cawangan Khas UIAM yang bertujuan membantu mahasiswa asnaf di IIUM.
Melalui kempen ini, pihak penganjur akan menyediakan Syawal Food Box yang mengandungi barangan keperluan asas sempena Hari Raya. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menyambut Syawal dengan lebih selesa dan bermakna.
Di samping itu, kempen ini juga berperanan dalam memupuk nilai keprihatinan sosial dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan mahasiswa yang memerlukan sokongan.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
27 Mar 2026

