Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

TABLET UNTUK PELAJAR GOLONGAN B40

Ramai pelajar dari keluarga golongan B40 tiada kelengkapan asas menghadapi digitalisasi pendidikan berikutan Covid-19. Kami mensasarkan 50 buah tablet untuk diberikan kepada mereka yang berkelayakkan.
TABLET UNTUK PELAJAR GOLONGAN B40
Pendidikan

RM 335.00

daripada sasaran RM 20,000.00
1.675% Complete

21

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Covid-19 yang melanda Malaysia menyebabkan ramai rakyat yang terkesan kelangsungan hidup. Golongan isi rumah B40 terutamanya yang tinggal di kawasan bandar adalah kelompok rakyat yang paling terkesan. Ada diantara mereka yang hilang pekerjaan, hilang punca pendapatan dan yang lebih menyedihkan anak-anak mereka mempunyai kesukaran dalam pembelajaran atas talian apabila sesi persekolahan perlu diteruskan secara "online"

Namun begitu, adakah pelajar dan guru-guru seluruh negara bersedia dan mampu menghadapi norma baharu ini? Ia bukanlah semudah yang dianggap. Secara amnya, masih ramai lagi kelompok pelajar B40 ini tidak ada kemudahan yang lengkap untuk meneruskan pembelajaran atas talian ataupun PDPR, Baik diluar ataupun didalam bandar.

Antara punca utama adalah mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap seperti alat peranti digital contohnya seperti Komputer riba, Tablet, Handphone dan sebagainya. Ada diantara mereka yang terpaksa berkongsi alat peranti digital dirumah mereka bersama ahli keluarga yang lain menyebabkan akses pembelajaran mereka terbatas.

Oleh itu, pihak kami telah bersependapat untuk membantu pelajar-pelajar yang terkesan ini untuk mendapatkan kemudahan yang secukupnya untuk mereka meneruskan pembelajaran
dia atas talian.

Z

 

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

 kami memerlukan:
1. Tablet berjenama samsung: RM400

JUMLAH KESELURUHAN: RM20,000 (50 UNIT)


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

28 Mar 2021

Kempen telah dilanjutkan

26 Feb 2021

Sumbangan ke-10

04 Feb 2021

Sumbangan pertama

02 Feb 2021

Kempen dilancarkan

29 Jan 2021