Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

TABUNG BANTUAN SUSU

Tabung ini bertujuan mengumpulkan dana bagi keperluan membeli susu formula untuk pesakit-pesakit kronik yang mana mereka bergantung sepenuhnya dengan susu untuk meneruskan kehidupan.
TABUNG BANTUAN SUSU
Perubatan

RM 5.00

daripada sasaran RM 9,000.00
0.055555555555556% Complete

1

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Harga susu formula untuk pesakit semakin mahal....!

Itulah keluhan yang sering kami terima daripada mereka yang datang ke NGO Krayon for Society untuk memohon bantuan. Susu formula untuk pesakit yang telah bergantung sepenuhnya dengan susu formula ini boleh dikatakan semakin membebankan dan memberikan tekanan buat ahli keluarga mereka.

Mereka tiada pilihan untuk mengantikan susu formula ini dengan sumber makanan lain untuk pesakit. Boleh dikatakan kebanyakan pesakit yang bergantung dengan susu ini minum melalui hidung. Yang mana dibantu dengan menggunakan saluran getah kecil dan dimasukan dalam rongga hidung. Amat menyesakkan namun kaedah itu adalah yang terbaik buat pesakit untuk terus bertahan meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun untuk pengetahuan para penderma. Harga bagi 1 tin susu seberat 850g itulah adalah RM90-RM98. Sebulan mereka memerlukan dalam 3-4 tin . Ini bermakna kos untuk sebulan susu formula sahaja adalah sekitar RM270-RM360. Belum lagi diambil kira beberapa perbelanjaan lain seperti lampin pakai buang, kos ubat-ubatan, dan lain-lain keperluan perubatan.

Justeru tidak hairanlah mengapa ahli keluarga mereka terutama daripada golongan fakir miskin terpaksa menebalkan muka memohon bantuan daripada pelbagai pihak bagi mendapatkan bantuan.

Atas sebab itu, NGO Krayon for Society Organisation terpanggil untuk menggerakkan Tabung Bantuan Susu ini bagi meringankan beban mereka yang tertekan dengan masalah ini. Pernah kami mendapat 1 aduan daripada pemohon bantuan, akibat terlalu terdesak untuk mendapatkan bekalan susu yang terlalu mahal ini dia terpaksa meminjam dengan Ahlong. Keterdesakan itu akhirnya menyebabkan dirinya terjerat dengan ancaman dan ugutan daripada pihak Ahlong.

Besarlah harapan kami sekiranya kita dapat membantu bersama-sama berkongsi rezeki dengan menghulurkan sedikit sumbangan bagi membolehkan mereka dapat memperolehi bantuan susu. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

20 Oct 2023

Sumbangan pertama

28 Jul 2023

Kempen dilancarkan

22 Jul 2023