RM 15.00
daripada sasaran RM 12,695.003
penyumbang45
hari lagiSaya Mohd Shahirul daripada Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen Tabung Harapan Dreena. Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) telah ditubuhkan sejak 2020 dan bergiat aktif dalam menjalankan program kebajikan.
Kami memulakan kempen di Kitafund adalah untuk mengumpul dana bagi membantu perrubatan Dreena sesegera yang boleh dan untuk kelangsungan hidup ibu Dreena yang menjaganya sendirian sebagai ibu tunggal. Kami ingin memohon dana dari orang ramai supaya dapat membantu adik Dreena dan Ibunya yang dihimpit dengan pelbagai ujian sekarang ini. Dreena tidak dapat dibawa menjalani medical check-up kerana tiada duit untuk ke hospital.
Dreena mula sakit pada Januari 2023. Awalnya badannya menggigil tiba-tiba kerana demam panas yang teruk. Ibu Dreena bergegas membawanya ke klinik dan dirujuk ke bahagian kecemasan di hospital sebab suspect sawan. Dreena ditahan di wad selama dua minggu. Sepanjang di wad, pelbagai ubat sudah dicuba sehingga tiada lagi ubat yang lain. Tapi Dreena tidak juga bertambah baik. Hari demi hari, keadaan Derina semakin teruk. Tambah menyedihkan, sewaktu keluar dari hospital, badan Dreena masih lagi menggeletar sehingga 3-4 bulan seterusnya. Adik Dreena hanya dibekalkan ubat sawan sahaja. Kata doktor, rawatan susulan dan pemeriksaan masih lagi perlu dilakukan tetapi kekangan wang membantutkan semuanya.
Bermulalah episod getir ibu dan Dreena sendirian di rumah. Dreena yang sebelum ini aktif hanya mampu meraung dan terbaring setiap hari. Makan pun menggunakan tiub yang doktor berikan untuk ubat. Tanpa kewangan dan kenderaan, Derina tak dapat dibawa ke hospital.
Dengan keadaan Dreena sekarang, Ibunya tidak dapat keluar bekerja. Sekarang Puan Siti sekarang cuma menjadi ejen jualan keropok frozen dengan pendapatan paling banyak RM500 sebulan, itupun kalau ramai membeli. Adik Dreena akan diserang sawan 2-3 kali sehari. Kerosakan saraf otak dan sawan menyebabkan Dreena perlukan bantuan 24 jam.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
01 Nov 2024
Kempen dilancarkan
26 Sep 2024