Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

TABUNG PEMBINAAN SURAU PEMAAF

"Semoga apa pun yang kamu perjuangkan hari ini Allah berikan kelancaran, sehingga berakhir dengan hasil yang memuaskan."
TABUNG PEMBINAAN SURAU PEMAAF
Umum

RM 25.00

daripada sasaran RM 80,000.00
0.03125% Complete

4

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

PEMAAF berhajat untuk membina satu surau di kawasan Bangi di Jalan Persiaran Kemajuan, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi Kajang di kawasan tepi jalan berdekatan dengan Balai Polis Bandar Baru Bangi serta Jabatan Bomba. PEMAAF dalam perancangan mengumpul dana dahulu sebelum perancangan surau itu dimulakan, hajat untuk membina surau ini sejak tahun 2018 lagi, namun tidak kesampaian lagi kerana masalah kewangan. Tujuan dana dikumpul untuk meneruskan hajat tersebut sebelum pemulaan perancangan pembinaan dibuat. Diharap para penyumbang dapat memberikan bantuan supaya hajat ini dapat dicapai.

Surau merupakan institusi utama agama Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai tempat beribadat, malah mempunyai pelbagai fungsi dalam melahirkan insan yang berjiwa murni dan berakhlak mulia. Kewujudan surau ini akan dapat memantapkan lagi usaha pembentukan keperibadian bekas pesalah penjara yang telah bebas dan dibimbing oleh PEMAAF yang akan memiliki ciri-ciri seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Keperibadian tersebut akan dijelmakan dalam sikap bertanggunjawab, sentiasa bermotivasi, semangat sukarela dan patriotik yang merupakan teras dalam menggerak dan memacu kemajuan serta kemakmuran negara. 

Keberadaan surau yang selesa adalah penting bagi memenuhi keperluan program-program pengisian rohani serta meningkatkan penglibatan bekas peslah penjara dalam kegiatan kemasyarakatan setempat. Dengan bermatlamat membangunkan sahsiah dan kecemerlangan insan yang seimbang dan sejahtera, adalah diharapkan surau yang dibina ini dapat berperanan sebagai wadah yang mampan dalam usaha melahirkan generasi masa negara yang terbaik tanpa mengira latar belakang. Kewujudan surau ini adalah bersandarkan pada konsep-konsep utama pentarbiahan akhlak insan yang menjadi tunggak utama kemenjadiandan kecemerlangan manusia yang bakal manjadi pewaris Negara ini dan tak mustahil boleh jadi pemimpin suatu hari nanti.

Misi pembinaan surau PEMAAF adalah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam supaya dapat membentuk bekas pesalah penjara untuk mengimbangi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif yang telah digariskan. Menjaga nama baik agama islam dan pusat sebelum, sepanjang dan selepas pembinaan surau dijalankan.

Matlamat penubuhan surau ini adalah untuk membangunkan dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar beragama Islam di PEMAAF ini. Menarik dan menggalakkan individu Islam kearah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk akhlak yang baik. Memberi motivasi diri dan memaksimumkan keyakinan diri bekas pesalah penjara melalui pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang akan disediakan. Melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin serta mengetengahkkan pengisian intelektual dan kehidupan bersosial. Meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan, komunikasi, keyakinan diri, pengalaman dan jati diri bekas pesalah penjara.

Objektif yang perlu dicapai adalah disaping itu untuk mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan orang ramai kerana berdekatan dengan jalan raya juga memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tututan Islam. Mewujudkan Tabung Wakaf bagi membolehkan orang ramai menyumbang dana untuk pembangunan Surau PEMAAF. Keperluan bekas pesalah penjara yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur.

 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

22 Oct 2023

Sumbangan pertama

28 Jul 2023

Kempen dilancarkan

24 Jul 2023