RM 1,410.00
daripada sasaran RM 10,000.0014
penyumbang28
hari lagiDengan penuh rasa dukacita dan keprihatinan, ANSARA Dungun membuka tabung sumbangan bagi membantu sahabat alumni kita, Puan Norlida Bt Sulaiman (MRSM-YT Dungun Batch 96–98) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya di Jalan Mokhtar Dahari, Shah Alam pada petang 5 Mac 2026.
Akibat kemalangan tersebut, Puan Norlida mengalami kecederaan pada bahu manakala suaminya mengalami kecederaan serius apabila tulang jari kaki hancur dan memerlukan rawatan lanjut. Ujian ini pastinya memberi kesan besar kepada kehidupan dan keperluan harian mereka sekeluarga.
Sehubungan itu, pihak ANSARA Dungun dengan rendah hati membuka ruang kepada semua sahabat alumni dan orang ramai untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban kos rawatan, pemulihan serta keperluan harian keluarga mereka sepanjang tempoh sukar ini.
Semoga setiap sumbangan kecil yang diberikan menjadi tanda kasih dan solidariti sesama alumni serta membawa sedikit kelegaan kepada Puan Norlida dan keluarganya.
“Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.”
Sekian, terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan ke-10
09 Mar 2026
10% jumlah sumbangan
09 Mar 2026
Sumbangan pertama
09 Mar 2026
Kempen dilancarkan
09 Mar 2026

