Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

TABUNG QASEH ADIK HAWA & IBU

Kutipan tabung ini adalah bertujuan untuk membantuk seorang kana-kanak yang berusia 2 bulan yang menghidap komplikasi jantung berlubang dan ibunya yang mengalami masalah kesihatan mental.
TABUNG QASEH ADIK HAWA & IBU
Perubatan

RM 700.00

daripada sasaran RM 80,000.00
0.875% Complete

25

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

 Adik Hawa yang baru berusia 2 bulan ini telah menerima pelbagai ujian. Pada usia yang masih muda ini adik Hawa telah disahkan menghidap komplikasi masalah jantung berlubang. Dia memerlukan rawatan pembedahan segera bagi bolehkan adik Hawa dapat hidup normal seperti kanak-kanak lain.

 

Lebih menyedihkan lagi ibu kepada adik Hawa kini juga sedang mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini berlaku selepas adik Hawa disahkan menghidap penyakit kronik ini . Lantaran itu ibunya mengalami tekanan perasaan dan murung. Ibunya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis bantuan juga telah diberhentikan akibat masalah yang berlaku ini.

9k=

Situasi keluarga ini juga kian rumit apabila ayah kepada adik Hawa juga telah turut kehilang pekerjaan akibat kesan penularan Covid-19. Kekangan kewangan yang dilalui oleh keluarga ini sangat berat dan sempit . Akhirnya ia telah menyulitkan untuk adik Hawa menjalani pembedahan Jantung dengan segera kerana kos rawatan tersebut adalah terlalu tinggi .

Justeru, Krayon4Society ingin merayu kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang ke Tabung Qaseh Adik Hawa & Ibu bagi membolehkan 2 insan ini mendapatkan rawatan dengan segera.

Kos rawatan bagi pembedahan jantung berlubang dan juga rawatan psikiatri untuk ibunya dianggarkan kira-kira RM80,000.00.

Besarlah harapan kami agar dengan keprihatinan anda semua menghulurkan sumbangan ini akan dapat mengembalikan mereka untuk hidup normal seperti insan lain. Untuk maklumat bersama keluarga adik Hawa ini menetap di Kampung Bachang, Melaka.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai adik Hawa dan ibunya boleh menghubungi sukarelawan Krayon4Society yang bertugas di talian

012-69 4993 (En. Faiq Asyraf)

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

11 Oct 2021

Sumbangan ke-10

15 Sep 2021

Sumbangan pertama

13 Sep 2021

Kempen dilancarkan

11 Sep 2021