Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

TAWARAN BERINFAQ DI BULAN RAMADAN

KEMPEN INFAQ RAMADAN 1445H BERTUJUAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN ASNAF & MUALAF SEKITAR DAERAH KUBANG PASU
TAWARAN BERINFAQ DI BULAN RAMADAN
Komuniti

RM 1.00

daripada sasaran RM 33,500.00
0.0029850746268657% Complete

1

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum wbt.

Kami daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kubang Pasu merupakan pertubuhan yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan telah bergiat aktif di daerah Kubang Pasu dalam menggerakkan program-program KEBAJIKAN dan DAKWAH di kalangan belia dan penduduk setempat.


ABIM Kubang Pasu kini beroperasi di Madarasah Mustafawiyah, Jalan Istana, Tanjung Kapur, 06000 Jitra, Kedah merupakan juga sekolah angkat yang sentiasa bersama dalam menjalankan  program-program ABIM Kubang Pasu sekitar.

2Q==

Kemelesetan ekonomi yang berlaku kini telah memberi kesan dan beban yang DASYAT buat para asnaf dan mualaf di sekitar Kubang Pasu. Awal Ramadan juga disambut dengan kemasukan anak-anak persekolahan yang telah menelan belanja yang agak besar di SETIAP KELUARGA dari segi pembelian barang persekolahan dan persediaan menyambut Ramadan & Syawal.

Sehubungan dengan itu, ABIM Kubang Pasu mengambil inisiatif untuk menghulurkan tangan dalam mengurangkan beban perbelanjaan buat para Asnaf & Mualaf bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan menyampaikan Set Barangan Asas berbentuk Barangan dan Wang Tunai Duit Raya kepada 200 keluarga yang memerlukan.

2Q==

Tujuan dan matlamat ABIM Kubang Pasu menjalankan kempen ini adalah untuk memberi ruang dan platform untuk PARA PENYUMBANG berkongsi rasa buat MEREKA yang MEMERLUKAN untuk menyambut Bulan Ramadan dengan Ibadah yang banyak dan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan GEMBIRA.

Segala INFAQ & SEDEKAH yang disumbangkan oleh PARA PENYUMBANG akan dibelanjakan untuk program-program seperti berikut :

BIL

TARIKH

PROGRAM

BILANGAN PENERIMA

KOS DIPERLUKAN

(RM)

1

29 & 30 Mac 2024

KACAU & EDARAN BUBUR LAMBUK (SEKITAR JITRA)

600 Bekas

1,000.00

2

1 April 2024

IFTAR JAMAEI BERSAMA ANAK-ANAK TAHFIZ

100 Orang

2,500.00

3

3 & 4 April 2024

PROJEK SANTUNI ASNAF & MUALAF

200 Keluarga

30,000.00

JUMLAH KESELURUHAN

33,500.00

Semoga Ramadan kali ini menjadi bulan yang sangat membahagiakan buat perindunya dan orang yang memanfaatkan Ramadan dengan sebaiknya.

Jadilah ORANG YANG BERUNTUNG dan mengambil KESEMPATAN ketika Ramadan datang dengan melipat gandakan amalan bersedekah buat orang yang memerlukan.

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

23 Apr 2024

Sumbangan pertama

02 Apr 2024

Kempen dilancarkan

24 Mar 2024