Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

UNICAMB 9.0: UNESCO IN CAMBODIA

KELAB UNESCO IIUM AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM BERKAITAN EDUKASI KEPADA MINORITI MUSLIM DI KEMBOJA SELAMA 8 HARI PADA 26 JULAI 2026 SEHINGGA 2 OGOS 2026.
UNICAMB 9.0: UNESCO IN CAMBODIA
Pendidikan

RM 0.00

daripada sasaran RM 21,886.70
0% Complete

0

penyumbang

88

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH,

Kelab UNESCO IIUM di bawah Pusat Sejahtera Kelestarian dan Kemanusiaan (SC4SH) telah melancarkan misi khidmat masyarakat dikenali sebagai UNICAMB (UNESCO IN CAMBODIA), yang merupakan kesinambungan daripada program berterusan Kelab UNESCO IIUM di samping menyantuni komuniti Kemboja yang dilaksanakan setiap tahun sejak 2017.

Objektif utama kami berkaitan misi khidmat masyarakat ini adalah untuk memberikan para pelajar di Kemboja pengetahuan asas tentang Bahasa Inggeris dan kebersihan diri.

Misi ini akan dilaksanakan di sebuah kampung di ibu kota Kemboja, Phnom Penh yang dijadualkan berlangsung selama 8 hari bermula 26 Julai 2026 hingga 2 Ogos 2026.

Misi ini adalah projek yang sepenuhnya dipacu oleh pelajar yang terdiri daripada sukarelawan yang komited untuk membantu kanak-kanak dalam komuniti yang disasarkan. Hal ini bagi membangkitkan semangat kesukarelawanan yang benar-benar ingin meningkatkan kualiti hidup rakyat Kemboja, terutamanya kanak-kanak.

Bagi menjayakan misi khidmat ini, kami memerlukan dana sebanyak RM 21886.70. Sumbangan dana ini akan digunakan untuk menyediakan bantuan bakul makanan kepada komuniti setempat, bahan pembelajaran, bekalan perubatan dan peralatan kebersihan. Oleh itu kami memerlukan jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong misi khidmat ini melalui sumbangan ini. Semoga setiap nilai yang disumbangkan tuan-tuan dan puan-puan dibalas oleh Allah SWT serta melalui sumbangan ini program ini akan berjalan dengan jayanya sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan masyarakat di sana.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

08 Apr 2026