Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

UPM@WE REACH FOR YOU 4.0 SESI 2

TARIKH : 4 MEI 2024 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : RUMAH BAKTI DATO' HARUN
UPM@WE REACH FOR YOU 4.0 SESI 2
Komuniti

RM 0.00

daripada sasaran RM 500.00
0% Complete

0

penyumbang

16

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program UPM@We Reach For You 4.0 ini merupakan sebuah program anjuran Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi menyemai rasa simpati, tolong-menolong dan sifat keprihatinan yang tinggi dalam diri para pelajar terhadap masyarakat luar yang kurang bernasib baik serta memupuk nilai kesyukuran dalam diri apabila mereka mempunyai peluang untuk membantu golongan yang memerlukan di luar sana.

 

Program UPM@We Reach For You 4.0 akan dijalankan sebanyak 2 sesi di mana sesi 1 dijalankan secara dalam talian (Youtube Live KOSASS Channel) dan sesi 2 dijalankan melalui khidmat masyarakat bertempat di Rumah Bakti Dato’ Harun, Ampang, Selangor. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan aktiviti kesukarelawanan kepada para pelajar supaya mereka dapat turut serta dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh badan-badan kebajikan tertentu di negara kita. Melalui program ini, para pelajar akan didedahkan dengan lebih lanjut mengenai aktiviti sukarelawan yang sering dijalankan oleh organisasi-organisasi yang terlibat iaitu MyCARE dan HULUR Malaysia.

 

Akhir kata, diharap program ini mampu untuk melahirkan pelajar yang sentiasa cakna akan isu-isu kemasyarakatan yang berlaku di dalam dan luar negara supaya dapat menyemai sifat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa seterusnya mencapai teras kesukarelawanan yang telah digariskan oleh Pelan Strategik H.E.P.A 2021-2023.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

25 Apr 2024