Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

URGENT! BABY SYAFIRA PERLUKAN MESIN OKSIGEN!

KOS YANG DIPERLUKAN 1. Pembedahan = RM50,000 2. Mesin oksigen = RM6,900 3. Mesin oksigen portable = RM11,000 4. Mesin suction = RM700 KOS KESELURUHAN = RM68,600
URGENT! BABY SYAFIRA PERLUKAN MESIN OKSIGEN!
Perubatan

RM 122.00

daripada sasaran RM 68,600.00
0.17784256559767% Complete

4

penyumbang

9

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Syafira disahkan menghidap paru-paru kronik dan jantung berlubang dan bengkak sejak hari pertama dilahirkan. Kini Syafira berumur 1 tahun 6 bulan namun fizikal Syafira nampak kecil seperti beberapa bulan.

Syafira banyak menghabiskan masanya terbaring kerana keadaannya yang lemah. Sejak berumur 8 bulan, Syafira mula menggunakan mesin di mulutnya kerana masalah kesihatannya semakin membimbangkan.

Semasa masuk 1 tahun, mesin oksigen yang sering digunakan dibuka namun keadaannya semakin teruk dan perlu menggunakan mesin oksigen kembali. 

Kehidupan Syafira sejak lahir memang banyak dihabiskan di hospital berbanding di rumah kerana banyak pantauan yang perlu dibuat oleh pakar. Sekarang, Syafira masih di hospital, menurut doktor, Syafira boleh keluar hospital jika salah 2 daripada 3 mesin yang diperlukan ada di rumah. Namun lebih baik kalau pembedahan dilakukan secepat yang mungkin untuk mengelakkan masalah pernafasan lebih kritikal dan kronik

Setiap harga mesin itu bukan murah dan di luar kemampuan ibu bapa Syafira. Kami berharap agar bantuan kalian dapat membantu Baby Syafira mendapatkan mesin oksigen dan pembedahan secepat mungkin.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan pertama

10 Feb 2024

Kempen dilancarkan

07 Feb 2024