Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

USHA SMA FIGHTER: KEMOROSOTAN OTOT PROGRESIF

Kemorosotan otot bukan hanya menyebabkan Usha kehilangan keupayaan fizikal dan perlu penjagaan sepenuhnya bahkan, risiko gangguan pernafasan adalah amat membimbangkan.
USHA SMA FIGHTER: KEMOROSOTAN OTOT PROGRESIF
Perubatan

RM 1,143.00

daripada sasaran RM 300,000.00
0.381% Complete

53

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Anakanda Afeeya Syifaa binti Khairul Azwan (Usha)

Afeeya Syifaa, nama panggilan manjanya Usha, merupakan anak ke-5 dari 6 beradikĀ  yang juga merupakan anak perempuan pertama dalam keluarga kecil kami.

Lahirnya sangat sempurna namun diuji ketika berumur 1 tahun, Usha disahkan menghidapi penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Autrophy Type 2 (SMA).

SMA merupakan penyakit genetik progresif yang menyebabkan Usha kehilangan kekuatan fizikal dan merampas keupayaan Usha berjalan serta melakukan aktiviti seharian. Usha menggunakan kerusi roda dan memerlukan penjagaan sepenuhnya dalam keperluan seharian. Usha menjalani fisioterapi di hospital dan di rumah bagi membantu mengurangkan risiko kemorosotan otot. Namun pada amnya, SMA ini boleh menyebabkan masalah kemorosotan otot yang serius termasuk ketidakupayaan mengawal pertuturan, penelanan dan pernafasan.

Alhamdulillah, kini telah ada rawatan bagi penyakit SMA di mana rawatan ini mampu menghentikan kemorosotan otot dan membantu menguatkan otot bagi membolehkan Usha menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Doktor telah mengesahkan Usha layak untuk mendapatkan rawatan ubat Spinraza. Bagaimanapun kos ubat adalah amat tinggi dan perlu diambil seumur hidup. Sehubungan itu, dianggarkan sejumlah RM300,000 masih diperlukan bagi memastikan Usha dapat menjalani rawatan secara berterusan dan lebih efektif.

Alhamdulillah walaupun berlaku kemorosotan otot, keadaan Usha kini masih memuaskan cuma perlu sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati dalam semua aspek faktor persekitaran serta melakukan banyak exercise untuk merangsang pergerakkannya dan membantu sistem pernafasan serta penghadaman.

Kami amat berharap ada yang sudi menyumbang untuk membolehkan Usha mendapatkan rawatan suntikan ubat Spinraza dengan segera. Mudah-mudahan, dengan usaha ini, Usha mampu hidup dalam keadaan yang lebih baik dan berkualiti. Semoga rawatan ini juga nanti membawa sepenuh kebaikan agar ianya dapat membuka mata semua pihak untuk membantu anak-anak SMA yang lain, yang sama seperti Usha, yang sentiasa berdoa dan berharap untuk mendapatkan rawatan dan hidup dengan baik seperti orang lain.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

01 Nov 2023

Sumbangan ke-50

29 Sep 2023

Sumbangan ke-10

04 Aug 2023

Sumbangan pertama

04 Aug 2023

Kempen dilancarkan

03 Aug 2023