Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

VIRTUES COMMUNITY ( VIRCOMM ) PROJECT 1.0

Bantu kami jayakan Vircomm 1.0! Sumbangan anda mampu tingkatkan pendidikan dan kesedaran kebersihan anak-anak Orang Asli. Sama-sama kita cipta perubahan! #TitianAsli #VIRCOMM1.0
VIRTUES COMMUNITY ( VIRCOMM ) PROJECT 1.0
Komuniti

RM 0.00

daripada sasaran RM 25,500.00
0% Complete

0

penyumbang

73

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Titian Asli Club akan menjalankan VIRTUES COMMUNITY ( VIRCOMM ) PROJECT 1.0, sebuah projek jangkauan komuniti selama 4 hari 3 malam di Kampung Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu pada 1-4 Januari 2026 

Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pendidikan dan penjagaan kebersihan asas dalam kalangan masyarakat Orang Asli dengan memberi penekanan kepada kepentingan ilmu pengetahuan sejak usia muda, amalan kebersihan diri serta persekitaran, di samping menyediakan sokongan berbentuk bimbingan, kemudahan asas dan aktiviti komuniti yang dapat memperkasakan mereka agar lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan moden tanpa mengabaikan nilai serta identiti budaya mereka. 

Untuk menjayakan misi ini, kami memerlukan sumbangan sebanyak RM25,500 bagi menampung kos logistik, pembelian barang modul, makanan, hadiah, pengangkutan dan barang sumbangan kepada orang kampung. Sumbangan anda amat penting untuk membantu komuniti orang asli dalam membina masa depan yang lebih cerah.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

22 Sep 2025