Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

WAKAF TUNAI KATIL PRIHATIN

Projek Wakaf Tunai Katil Prihatin adalah untuk membantu pesakit yang lumpuh atau sukar bergerak bagi mendapatkan batuan katil medik. Mereka ini berada dalam kategori fakir & miskin.
WAKAF TUNAI KATIL PRIHATIN
Perubatan

RM 166.00

daripada sasaran RM 30,000.00
0.55333333333333% Complete

8

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Projek ini adalah usaha yang digerkan oleh Krayon4Society Organisation.  Ia bertujuan meringkan beban saudara-saudara kita di dalam Malaysia yang sedang diuji dengan derita sakit lumpuh, strok atau lain-lain yang berkaitan.

Z

Keadaan ekonomi yang serba menekan ini telah memberikan satu bebanan buat pesakit dan juga waris bagi menyediakan katil medik ini. Malah hampir 2 tahun seluruh dunia diserang dengan penularan wabak Covid -19 juga telah menyempitkan lagi kehidupan mereka. Tidak sanggup melihat mereka yang telah uzur dan dan ditambah pula dengan sakit yang tidak boleh bergerak hanya terlantar di atas lantai beralaskan tilam dan tikar yang nipis.

2Q==

Justeru kami merayu kepada anda untuk bersama-sama menyokong usaha ini bagi meringkan bebanan mereka. Kos perbelanjaan bagi 1 unit katil wakaf adalah sebanyak RM3,000.00 . 

Bagi projek ini kami menyasarkan sebanyak 10 unit katil dan memerlukan kutipan dana wakaf sebanyak RM30,000.00 .

Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau ingin maklumat lanjut boleh menghubungi sukarelawan bertugas En. Shahrizan di talian +6011-3370 5400 .

Terima kasih, semoga Allah meredhai dan merahmati segala usaha ini.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

29 Aug 2021

Kempen telah dilanjutkan

30 Jul 2021

Sumbangan pertama

02 Jun 2021

Kempen dilancarkan

02 Jun 2021