Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

WE NEED YOUR HELP TO SAVE PIJI MY LOVELY CAT

saya seorang pecinta kucing memerlukan bantuan kepada sesiapa yang sudi membantu. Kempen ini bertujuan mengumpul dana membiaya kos rawatan Piji (kucing saya yang sakit)
WE NEED YOUR HELP TO SAVE PIJI MY LOVELY CAT
Perubatan

RM 100.00

daripada sasaran RM 1,500.00
6.6666666666667% Complete

1

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum, nama saya Nurul Nabila berasal dari Sabah dengan rendah diri ingin meminta pertolongan kepada sesiapa yang sudi hulur bantuan untuk mengumpul dana kos rawatan Piji (kucing saya).

Gambar yang saya upload adalah kucing saya bernama Piji dan berumur 2 tahun lebih. Dirumah saya ada 19 ekor kucing termasuk Piji. Petang semalam bersamaan 7 Mac 2023(selasa) saya telah membawa Piji ke klinik untuk kali kedua kerana kondisi kritikal dan tiada tanda perubahan selepas diberikan ubat.

Dan pada 7/3/2023, doktor mengesahkan Piji menghadapi dehidrasi, kekurangan darah, parasit dalam darah, ulcer mulut, gastric, berak darah dan ada luka dibagian kaki belakang. Dengan kondisi yang teruk Piji telah dimasukkan ke ICU selama 3 hari untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Daripada apa yang doktor katakan Piji berkemungkinan suspek FIP. 

Puncanya belum dikenal pasti kerana kos untuk membuat blood test sangatlah mahal. Kata doktor kos rawatan untuk kes seperti ini sangat mahal. Setiap sesuatu yang bernyawa adalah berharga. Pertolongan anda support daripada anda adalah harapan untuk Piji. 

Final bill adalah satu isu yang besar kepada saya kerana kewangan saya sangat terhad. Kami menjangkakan kos rawatan Piji hingga benar-benar sembuh akan mencapai Rm1500. Treatment buat Piji masih ongoing dan final bill belum ada tetapi saya telah bayar deposit RM150, Alhamdulillah. 

 

Z


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

14 Mar 2023

Sumbangan pertama

10 Mar 2023

Kempen dilancarkan

08 Mar 2023