RM 1,700.00
daripada sasaran RM 2,000.0068
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
Covid-19 yang melanda Malaysia menyebabkan ramai rakyat yang terkesan kelangsungan hidup. Golongan asnaf terutamanya yang tinggal di kawasan bandar adalah kelompok rakyat yang paling terkesan. Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan telah membataskan aktiviti seharian dan menyebabkan golongan yang kurang berkemampuan terhimpit terutamanya bagi menanggung kos sara hidup dalam situasi tidak dapat keluar bekerja.
Ketibaan bulan penuh berkat, bulan Ramadhan tidak lama lagi, membuka mata kami untuk mengajak orang ramai melakukan amal yang sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan golongan yang kurang berkemampuan dalam bulan Ramadhan nanti.
Kutipan dana ini diwujudkan adalah bagi menampung kos yang diperlukan bagi menjayakan program ini. Program ini melibatkan kira-kira 50 BUAH keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Gombak. Agihan bantuan akan disalurkan dalam bentuk kit makanan keperluan asas.
Berapakah kos yang diperlukan?
Kami memerlukan:
RM 40 (kit makanan keperluan asas)
Jumlah keseluruhan: RM2,000 (50 UNIT)
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
21 Apr 2021
Sumbangan ke-50
17 Apr 2021
50% jumlah sumbangan
16 Apr 2021
10% jumlah sumbangan
14 Apr 2021
Sumbangan ke-10
14 Apr 2021
Sumbangan pertama
07 Apr 2021
Kempen dilancarkan
06 Apr 2021