RM 6,958.00
daripada sasaran RM 8,800.0097
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
PKPB yang dikenakan di sekitar Lembah Klang sejak Oktober lalu telah memberi kesusahan kepada banyak pihak. Pelajar di dalam kampus adalah antara golongan yang terkesan dengan situasi ini. Untuk pengetahuan, kebanyakan pelajar tempatan UIAM terdiri daripada golongan B40 manakala pelajar antarabangsa pula sudah semestinya terbeban dengan yuran pengajian setiap semester. Mereka semua tidak dapat bergerak bebas keluar masuk kampus atas arahan yang dikenakan oleh pentadbiran UIAM. Ini kerana terdapat kes positif Covid-19 yang dicatatkan di dalam kampus pada bulan Oktober yang lalu sekaligus menyebabkan pengurusan kampus mengambil langkah berjaga-jaga.
Tambahan pula, harga makanan kering di kiosk dalam kampus sedikit mahal daripada biasa. Ini sedikit sebanyak membebankan para pelajar. Ada juga pelajar yang kebiasaannya bekerja sambilan di luar kampus untuk menampung pengajian mereka akan tetapi tidak boleh pergi bekerja akibat larangan yang dikenakan.
Diharapkan sumbangan yang anda berikan dapat membantu para mahasiswa untuk menghadapi hari-hari yang mencabar di dalam kampus sepanjang pengajian di semester ini yang akan berakhir bulan Januari kelak.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
23 Dec 2020
50% jumlah sumbangan
01 Dec 2020
Sumbangan ke-50
26 Nov 2020
10% jumlah sumbangan
24 Nov 2020
Sumbangan ke-10
25 Nov 2020
Sumbangan pertama
25 Nov 2020
Kempen dilancarkan
23 Nov 2020