Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

HIKAM VOYAGE 2.0

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak komuniti Rening, memupuk akhlak Islamiah dan mengagihkan sumbangan kepada komuniti orang asli di KOA Rening, Cameron Highlands.
HIKAM VOYAGE 2.0
Komuniti

RM 3,087.00

daripada sasaran RM 3,000.00
102.9% Complete

189

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

HIKAM Voyage 2.0 yang bertemakan "Level Up to Develop" adalah program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak komuniti orang asli di KOA Rening dengan menjalankan kelas yang menumpukan aspek akademik iaitu mata pelajaran Matematik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk akhlak Islamiah sebagai seorang Muslim dalam kehidupan seharian, mengeratkan hubungan antara Kelab PERKIM UIAM dengan komuniti orang asli di KOA Rening, Cameron Highlands, dan menyalurkan barangan sumbangan berbentuk bekalan makanan dan kit kebersihan kepada mereka.

Program ni akan dijalankan oleh komiti dan sukarelawan daripada Kelab PERKIM UIAM Gombak pada:

Tarikh: 27 - 29 Mei 2022

Hari: Jumaat - Ahad

Lokasi: KOA Rening, Cameron Highlands

Barangan yang akan disalurkan adalah seperti berikut:

  1. Makanan
  2. Kit kebersihan

 

Sebarang dana lebihan program akan disalurkan ke tabung kebajikan PERKIM UIAM Gombak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Media Sosial kami:

Youtube:

https://www.youtube.com/c/perkimclubiiumgombak

Facebook:

https://www.facebook.com/perkimclubiium/

Instagram:

https://www.instagram.com/perkimclubiium


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

19 Jun 2022

100% jumlah sumbangan

20 May 2022

Kempen telah dilanjutkan

20 May 2022

50% jumlah sumbangan

18 May 2022

Sumbangan ke-100

12 May 2022

Sumbangan ke-50

25 Apr 2022

10% jumlah sumbangan

22 Apr 2022

Sumbangan ke-10

22 Apr 2022

Sumbangan pertama

21 Apr 2022

Kempen dilancarkan

21 Apr 2022