Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

JCI LENDS A HAND

Kutipan dana bagi membantu pihak yang terkesan semasa tempoh PKP terutamanya golongan miskin tegar. Dana akan digunakan bagi membeli keperluan asas seperti beras, telur, susu dan lain-lain.
JCI LENDS A HAND
Komuniti

RM 411.83

daripada sasaran RM 4,000.00
10.29575% Complete

22

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Pelaksanaan PKP yang berlanjutan menyebabkan ramai rakyat negara kita berada di dalam kesusahan disebabkan kekurangan atau ketiadaan pendapatan sewaktu tempoh "Lockdown" dijalankan. Umum kita tahu, tempoh sekarang adalah PKP 3.0 yang dijalankan oleh pihak kerajaan sejak Mac 2020 yang lalu. Peningkatan kes Covid-19 memaksa pihak kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan virus ini. Sehubungan itu, langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan membuatkan beribu rakyat Malaysia kehilangan punca pendapatan.

Kami daripada Jelajah Cinta India telah mengambil inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin tegar yang begitu terkesan dengan situasi kini. Sumbangan daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi menampung program yang akan dijalankan nanti. Sejumlah RM 4000 disasarkan bagi kempen ini. Setiap keluarga akan dibantu secara "one-off". Dianggarkan sekurang-kurangnya 40 buah keluarga akan menerima manfaat bantuan berbentuk keperluan asas seperti beras, telur, gula, lampin pakai buang dan sebagainya. Sekiranya dana yang kami terima melebihi daripada jumlah yang disasarkan, kami akan menambah bilangan keluarga yang akan menerima manfaat. Kami akan cuba sedaya-upaya membantu mereka yang memerlukan semampu yang boleh.

Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan atau mana-mana pihak sudi menghulurkan bantuan dalam bentuk apa cara sekalipun. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon yang tertera di poster kami atau terus ke Instagram kami @jcicare.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

05 Sep 2021

10% jumlah sumbangan

13 Aug 2021

Kempen telah dilanjutkan

06 Aug 2021

Sumbangan ke-10

15 Jul 2021

Sumbangan pertama

09 Jul 2021

Kempen dilancarkan

08 Jul 2021