Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

KURSUS ASAS FARDU AIN MUALLAF

PERKIM Bahagian Negeri Selangor (PBNS) berinisiatif mengadakan kursus pasca syahadah muallaf berdaftar menerusi Pejabat PBNS dengan konsep 'Fardu Ain With PERKIM' dalam platform Zoom Online.
KURSUS ASAS FARDU AIN MUALLAF
Pendidikan

RM 30.00

daripada sasaran RM 3,920.00
0.76530612244898% Complete

3

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

LATAR BELAKANG

Dengan statistik saudara baru yang semakin meningkat, PBNS menerima sejumlah muallaf mengalami dilema arah tuju setelah selesai pendaftaran pengislaman terutamanya kekangan situasi Covid-19 ketika ini. PBNS merasakan amanah terhadap saudara baru yang berdaftar di Pejabat PBNS. Justeru, saudara baru ini dapat disantuni terlebih dahulu dengan menyuntik asas pendidikan kepada mereka secara online.

 

OBJEKTIF

  1. Memperkenalkan PBNS serta cawangan-cawangan dibawahnya.
  2. Menyalurkan usaha dakwah dan santuni muallaf seperti ziarah daripada cawangan-cawangan di masa akan datang.
  3. Mengenalpasti kebajikan dan pembangunan muallaf menerusi cawangan-cawangan selepas selesai kursus.
  4. Menjalin kerjasama dengan badan kerajaan, badan bukan kerajaan & institusi MAIS.
  5. Memberi saluran dan suntikan semangat, pendidikan, panduan, serta peluang peserta mengenali halatuju kehidupan Islam, Ilmu dan Amal.

 

SASARAN

Peserta adalah yang berdaftar pengislaman di Pejabat PBNS. Mereka terdiri daripada muallaf berbilang kaum dan pelbagai latarbelakang.

 

CADANGAN METHOD KURSUS

Kursus akan dihadiri oleh 10-15 orang peserta dalam satu-satu masa. Modul pembelajaran terdiri daripada Aqidah (1), Syariat (2) dan Akhlak (3) yang sangat asas.
Maka kesesuaian peruntukan hari adalah seperti berikut.

Peserta perlu melengkapi 3 hari dalam seminggu untuk mendapatkan sijil Kursus Asas.

Contoh : 
Isnin - 2 jam (Aqidah)
Rabu - 2 jam (Syariat)
Khamis - 2 jam (Akhlak)

Topik perkahwinan dan kekeluargaan, pengurusan emosi dan sokongan, serta kewangan juga akan diselitkan bagi membantu dan memberikan sokongan kepada para muallaf di bawah PBNS.

 

JAWATAN PELAKSANA

Penasihat Memantau & memberi nasihat sepanjang perjalanan kursus 
Pengarah
  • Memastikan kursus dilaksanakan agar dijayakan sebaiknya
  • Menjalin kerjasama dengan institusi selain PERKIM
Setiausaha
  • Berurusan dengan tenaga pengajar dan modul kursus
  • Menyediakan poster
  • Memastikan kursus diwar-warkan
  • Memastikan hal ehwal kehadiran & urusan perhubungan muallaf berjalan lancar
  • Menyediakan buku & plastform online
Bendahari
  • Mengusahakan elaun bagi tenaga pengajar & peserta
  • Menyediakan laporan penerimaan & pembayaran berdasarkan kehadiran.
Sumbangan
  1. Lembaga Zakat Selangor - Dana Kelas (Sekiranya permohonan diluluskan)
  2. MAIS - Buku Agama, Iqra, Al-Quran dll bahan
  3. AWAM - Sumbangan dana kelas agar kursus dapat diteruskan.
Peserta Prasyaratnya adalah muallaf yang tidak pernah hadir kursus asas.

 

RANCANGAN BELANJAWAN

Rancangan Sumbangan untuk 1 Peserta yang hadir 3 kursus x 2 jam = jumlah jam perlu dihadiri 6 jam.

PERKARA Seunit Seminggu Kuantiti Jumlah
Sumbangan 10 peserta 50.00 10 orang 4 minggu 2000.00
Sumbangan guru lelaki 80.00 3 hari 4 minggu 960.00
Sumbangan guru perempuan 80.00 3 hari 4 minggu 960.00
        3920.00

Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

13 Sep 2021

Sumbangan pertama

15 Jun 2021

Kempen dilancarkan

15 Jun 2021