RM 753.00
daripada sasaran RM 1,000.0050
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
Allah SWT berfirman:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)
MAKLUMAT
Golongan dhuafa' ialah golongan yang hidup dalam keadaan kesengsaraan, kelemahan, kemiskinan atau ketidakberdayaan sehinggakan mereka hanya mampu bergantung harap pertolongan daripada orang lain.
Antaranya:
• Orang fakir, miskin, yatim
• Orang cacat fizikal
• Orang penyakit tertentu
• Orang lanjut usia
• Korban bencana
• Muallaf baru
Dalam program ini, kami akan menziarahi mereka dengan membawakan tema kemeriahan Aidilfitri agar mereka turut merasai sambutan hari raya tahun ini dengan penuh bermakna.
Oleh itu, kami memerlukan
1. Barangan dapur RM50
2. Duit raya RM50
JUMLAH KESELURUHAN: RM1,000 (10 Unit)
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
29 May 2021
Sumbangan ke-50
27 May 2021
50% jumlah sumbangan
08 May 2021
Sumbangan ke-10
05 May 2021
10% jumlah sumbangan
05 May 2021
Sumbangan pertama
04 May 2021
Kempen dilancarkan
04 May 2021